Thursday, April 8, 2010

Peliharalah Dirimu Dari Azab Neraka


Allah berfirman dalam surah Surah yang bermaksud " Janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhny ia adalah sesuati yang keji dan buruk pejalanannya." ( Surah Al Isra' : 32)

Maksud ayat di atas ialah permintaan belas dari seorang hamba. Orang yang tidak melakukan kesalahan layak dikasihani. Orang yang melakukan kesalahan pula tidak layak dikasihiani kerana mereka telah di murkai Allah. Sekira kita sebagai pemimpin tidak menghukum orang yang melakukan zina menurut kehendak Islam, maka Allah akan tetap menghukum mereka. Tunggulah pembalasan dari-Nya.

Semsa di dunia mereka hanya layak dipukul dengan rotan sebanyak 100 kali. Ia adalah perkara ringan. Walaupun begitu jika mereka terlepas dari hukuman rotan didunia jangan gembira kerana cemeti dari api neraka telah sedia meninggu mereka.

Rasulullah pernah bersabda, maksudnya:" Penzina, pada hari kiamat akan datang di dalam keadaan kemaluan mereka bernyala dengan api. Semua makhluk mengenali mereka kerana bau kemaluan yang terlalu busukk. Muka mereka kan di tarik ke neraka. Apabila mereka memasuki neraka , malaikat Malik akan memakaikan mereka dengan sepanjang baju besi dari neraka. Baju besi itu digambarkan sangat panas sekiranya diletakkan di atas gunung nescaya akan lebur menjadi abu. masyaallah begitu dahsyat siksaan Allah untuk orang yang berzina. Malaikat Malik berkata :" Wahai sekelian malaikat cucukkan mata mereka dengan paku-paku besi sebagaimana mereka melihat kepada yang haram. Pada ketika itu rayan demi rayuan di buat tetapi tidak diendahlkan

Oleh itu marilah kita berlindung kepada Allah daripada perbuatan ahli neraka yang dan kemurkaan Allah.

Sedarlah wahai manusia yang sering melakukan dosa. Bangkitlah dan bangunlah dari penghinaan dan kejahatan diri sendiri. Ingatlah, tiada siapa yang dapat memberikan pengampunan selepas mati. Pada ketika itu mulu tidak lagi mampu berkata-kata hanya anggota badan yang menjadi saksi dan tiada laqgi jalan untuk melakukan penipuan. Semuanya akan terbongkar satu persatu dihadapan Allah pencipta sekalian alam.

Insaflah wahai muslimat, jangan mudah terpedayan dengan ajakan temanmu. Sesungguhnya perbuatan zina itu dilaknat Allah.....

Saturday, April 3, 2010

Muslimat.... Bahaya Menantimu.......


Dalam era dunia tanpa sempadan, manusia begitu gila mengejar kemajuan dan teknologi. Nilai-nilai agama tidak lagi menjadi teras dalam kehidupan harian. Manusia lebih tertumpu kepada kepentingan material yang menyenagkan hidupnya di dunia. Hukum-hukum serta peraturan syarak tidak lagi di peduli termasuk kewajipan menutup aurat. Peninggalan dan keingkaran manusia terhadap perintah Allah ini sudah tentu membawa bala.

Jika kita dapat lihat sekarang banyak kes tangkap khalwat, kelahiran anak luar nikah, rogol dan sebagainya berlaku. renungkanlah wahai muslimat kenapa semua ini terjadi. Ramai yang menyatakan semua ini terjadi kerana perempuan suka pakai seksi dan menaikkan nafsu syahwat lelaki. Kenyataan itu cukup meyakitkan bagi saya yang juga seorang muslimat. Akan tetapi saya tidak dapat menyangkal dakwaan itu.

Marilah muslimat sekelian kita menutup aurat kerana ia bukan saja akan memberikan kita pahala tapi akan mengurangkan kesan keingkaran menutup aurat seperti
  1. Berleluasa penzinaan
  2. Peningkatan jenayah rogol
  3. Gejala homoseksual dan lesbian yang begitu terhina
  4. Sumbang nahram yang tidak mengenal batas ketamadunan manusia.
  • Perbuatan-perbuatan terkutuk di atas akan menyumbangkan pula kesan selanjutnya seperti berikut :
  1. Kelahiran anak luar nikah
  2. Pembuangan bayi
  3. Pembunuhan magsa rogol atau bayi dengan kejam
  4. Bunuh diri oleh mangsa
  5. Gangguan mental
  6. Aids dan seribu macam masalah dalam masyarakat.
Selain daripada itu keingkaran menutup aurat pasti mendapat balasan daripada Allah s.w.t di akhirat kelak seperti mana yang di saksikan oleh Rasulullah semasa peristiwa Israk dan Mikraj. rasulullah s.a.w menangis melihat seksaan yang di kenakan kepada golongan wanita umatnya yang ingkar menutup kepala dengan bertudung. Lalu mereka diseksa berulang kali dengan digantung rambutnya hingga otak menggelegak kerana kedegilan mereka untuk menutup rambut dari pandangan lelaki ajnabi semasa hidup didunia. Masyaallah beratnya siksaan itu wahai muslimat.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w menggambarkan antara penghuni neraka ialah golongan yang tidak mahu menutup auratnya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya

Ada dua golongan penghuni neraka yang saya tidak pernah melihat iaitu satu kaum yang membawa cemeti ( rotan) seperti seekor lembu sedang memukul manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang( mendedahkan aurat), mereka tidak patuh perintah Allah dan mengajak orang lain mengikuti mereka. Kepala (sanggul rambut) mereka condong seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium syurga yang baunya sejauh perjalanan. ( Muslim)

Daripada hadith tadi, balasan azb kepada mereka yang ingkar menutup aurat sangat pedih. Peristiwa Israk dan Mikraj menunjukkan bagaimana penyeksaan ke atas wanita yang tidak menutup rambut walaupun sehelai sangat pedih azabnya apatah lagi jika mendedahkan bahagian yang lebih berat seperti betis, paha, lengan, dada, belakang, bahu dan lain-lain. Jelaslah disini bahawa kewjipan menutup aurat bukanlah satu perintah yang boleh dipandang ringan oleh mislimat sekelian kerana implikasinya boleh meroskkan kehidupan manusia dan menempah azab akhirat kelak. Allah telah mengingatkan perkara tersebut di dalam Al-Quran dalam surah al-Qamar ayat 30 yang bermaksud :

Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azab-Ku dan amaran-amaran-Ku
Marilah wahai muslimat sekelian kita mula menutup aurat kerana setiap suruhan dan larangan ada hikmahnya.





Thursday, April 1, 2010

Marilah Menutup Aurat

Kewujudan kita di muka bumi ini telah di atur dan ditentukan Allah s.w.t. Justeru Allah s.w.t telah mengatur sistem kehidupan manusia dalam semua aspek sama ada ibadat khusus atau kehidupan seharian yang dikenali sebagai syariat. Bagi menyampaiakan amanah ini Allah mengutuskan pula para nabi dan rasul untuk mengajar dan mewajibkan manusia mengikut peraturan-peraturan tersebut. Kita sebagai manusia tidak mengetahui bahawa setiap pertauran yang Allah tetapka itu akan membawa kebaikan kepada manusia bukan menyusahkan mereka. Begitulah juga halnya dengan peraturan tentang kewajipan menutup aurat.

Masyarakat kita hari ini masih lagi keliru tentang konsep berpakaian dengan konsep menutup aurat. Kegagalan memahami dua konsep di atas menyebabkan mereka terdedah kepada gejala maksiat yang semakin berleluasa kini.

Pepatah Melayu ada menyebut ' Dari mata turun ke hati". Pepatah ini amat jelas menerangkan kepada kita tentang peranan mata, sehingga menumbuhkan perasaan lain di hati seseorang. Begitu besar kawan-kawan penangan mata.

Secara fitrahnya kaum lelaki memang gemar melihat bahagian tubuh badan wanita. Bagi wanita pula telah menjadi fitrah mereka suka berhias bagi menunjukkan kecantikan mereka.

Lirik lagu nasyid Raihan masih terngiang-ngiang di telinga tentang bahana yang boleh di dapati dari kerana mata... dan pendedahan aurat. Jika tidak dibendung ia akan menjadi kudis besar yang susah diubati.


Allah tidak mewujudkaan sesuatu untuk menyusahkan umatnya. Sekiranya kita berjaya memelihara mata atau mengikut tegahan melihat aurat banyak manafaat yang boleh didapti seperti

  1. Mendapat kemanisan dalam beribadat
  2. Mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat.
  3. Menguatkan hati dan membahagiakannya.
  4. Membuat hati sentiasa ingat kepada Allah s.w.t
  5. Melepaskan hati dari godaan syaitan
  6. Dapat menghindari zina.

Hikmah Menutup Aurat

Peraturan yang Allah tetapkan memang ada hikmah. Antaranya ialah

Supaya kita mudah dikenali

Apabila wanita menutup aurat, dia mudah dikenali sebagai wanita Islam. Hal ini akan memberikan perbezaan identiti yang jelas antara wanita Islam dan wanita kafir yang tidak menutup aurat. Kesukaran mengenali identiti orang islam dan bukan Islam ini jelas ketara di kalangan masyarakat Sabah. Ini adalah kerana nama yang digunakan tidak melambangkan agama mereka. Contohnya, nama Maslina tapi agama Kristian.

Supaya mereka tidak diganggu

Apabila kita menutup aurat dengan sempurna maksiat dapat dielakkan. Pakaian yang menutup aurat berperanan sebagai pendiding, kalis dan benteng daripada segala maksiat dan pencerobohan.

Demikianlah antara hikmah Allah mewajibkan hamba-Nya menutup aurat. Ringkasnya suruhan Allah s.w.t ini pasti membawa kita kepada kesejahteraan dan keamanan.


Marilah wahai muslimah sekelian kita menutup aurat.....

Friday, March 26, 2010

Terkadang Cinta Terlalu Dipentingkan


Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian yang menentukan menang atau kalah tetapi adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetian dan ketulusan.

Bukan sedikit orang menganggap persoalan cinta. Cinta selalu dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian teguh dalam hidup. Tanggapan itu silap, cinta penting lantaran anugerah Ilahi untuk setiap hamba-Nya. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmat hidup Sesiapa yang gagal mendapat cinta akan merasakan hidupnya kosong.

Cinta itu penting, malah bukan manusia saja ada perasaan cinta. Haiwan turut bercinta dalam maknanya yang berbeza Haiwan dihantui cemburu, marah, dengki, khianat dan juga curang. Manusia apatah lagi. Unsur inilah yang menjadikan cinta sesuatu yang sangat menyakitkan, meskipun pada asalnya cinta menjanjikan keseronokan, kenikmatan, kebahagian, persefahaman dan lain-lain yang membawa makna serupa.

Cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Dengan cinta juga manusia sanggup memanjat gunung, menuruni lurah, menyeberang lautan, malah kadangkalaberdepan dengan singa lapar. Begitulah hebatnya penangan cinta. Tatkala cinta menyelubungi hati, sluruh alam kelihatan indah, pada hal pada waktu itu hari telah pun diselubungi gelap.

Cinta boleh mencerahkan yang kelam malah kadang memberi warna pada kehitaman. Hebatnya cinta hingga orang tidak berasa lapar walaupun tidak makan berhari-hari. dia sanggup mempertaruhkan dirinya demi cinta. Dia sanggup berdepan dengan apa saj. Cinta adalah motivasi terulung dan teragung baginya. Begitulah hebat dan berkuasanya cinta.

Sayang, sesetengan orang menjadi semakin lemah kerana cinta. Cinta menjadikannya semakin malas hendak berusaha. Apabila cintanya bermasalah atau mati di tengah jalan, dia hilang haluan. Dia menyeksa dirinya sendiri dengan berasa sedih.

Kesedihan itu sendiri masih boleh diterima. Maklumlah, mananya manusia, dibekali emosi yang sering berubah-ubah mengikut situasi yang dihadapinya. Bersedih itu salah satu sifat semulajadi manusia, tetapi jika terlalu sedih akan menccabar tahap normal seseorang manusia.

Cinta memang sesuatu tang penting, tetapi usah terlalu dipentingkan, yang lain-lain akan nampak tidak penting. Jadikan cinta sebagai 'booster dalaman untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Keterbilangan kita kadang-kadang ditentukan oleh rasa cinta kita, tetapi kadang-kadang ketewasan kita juga ditentukan oleh perasaan cinta kita.

Sunday, March 14, 2010

Syurga Rumahtangga

Binalah rumahtangga di atas tapak iman
Tulus niat luruskan matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
lalu mulakan kembara berdua
Kerana dan untuk......Allah jua

Ditapak atas iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
Tempat merujuk segala kekusutan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrassah
Berputiklah mawaddah.....
Berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagian rumahtangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
Lahir zuriat yang soleh dan solehah!